Berjalan Seorang, Tidak Hambar.

Hello semua ! 

*eh, title dalam Bahasa Melayu lah. Haha well, this is my site to write anything I feel like writing and it’s up to me on how I shall write*

Eceh, kemain ! Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Berjalan seorang, tidak hambar. Apa yang cuba saya sampaikan ? Begini, sejak saya masuk universiti ni (cewah ! mahasiswi tahu saya ni >.<) ada lah beberapa kelompok insan yang suka persoalkan (membahan sebenarnya) habit saya yang suka berjalan seorang ni (ada ke patut diorang panggil saya hambar ? Cis !). Hmm pelik kah ? Semua orang ada minat dan kegemaran tersendiri. Mungkin saya ni golongan minoriti yang suka meluangkan masa berjalan sendirian. Setiap insan ada sebab tersendiri atas setiap perilakunya (kalau takde sebab pun, suka hati dia lah, hidup dia, bukan kacau orang lain pun *sigh*). Jadi di sini saya akan senaraikan beberapa sebab yang agak relevan (kut ?) kenapa seseorang perempuan itu lebih gemar berjalan seorang diri berbanding dengan melepak beramai-ramai.

1. Untuk membeli-belah (atau shopping lah nak fancy sikit kan). Ya lah, kesian hoi kat member dia yang teman dia. Kena tunggu dia pilih barang, apa yang dia suka, ada yang tak kena lah, tak berapa berkenan lah. Kan ke payah ? Lagi penat kalau dia tu jenis suka nak menyinggah semua kedai (macam saya). Kalau dalam shopping mall tu ada 50 kedai, besar kemungkinan dia akan singgah 45 kedai (5 lagi tu tak singgah sebab tak cukup bajet, nampak mahal sangat).

2. Untuk menenangkan perasaan. Ye lah, kut2 dia baru gaduh dengan teman lelaki ke, takpun dia baru lepas clash ke. Mesti dia perlukan masa untuk bersendirian sambil mencuci mata dengan benda-benda yang dia suka kat shopping mall tu, untuk merawat hati yang lara.

3. Untuk melantak makanan kegemaran dia. Memang fitrah seorang perempuan nak jaga penampilan, jadi tak boleh lah dia ajak rerakan dia kalau dia nak mengisi perut secara ekstrem. Segan hoi nak melantak depan orang !

4. Untuk pergi event atau occasion yang dia suka. Tapi malang buat dia, kerana takde kawan yang kongsi minat yang sama. (Sebenarnya ni nak refer kat diri sendiri. Susah nak cari kawan yang nak teman pergi comic con *sobbss*). Ye lah, kalau kawan dah tak minat, takkan nak paksa ikut sekali kan ?

5. Untuk menghayati sebaik mungkin cerita yang ditonton kat wayang. Karang kalau tengok filem yang dia suka, tapi member tak faham, satu hal pulak nak kena explain. Rosak mood. Kalau ada scenes jiwang penuh perasaan pulak, segan la nak nangis teresak-esak depan member. 

Setakat ini saja lah sebab-sebab yang mungkin relevan bagi seorang perempuan yang suka berjalan seorang diri. Kalau tak relevan pun,  pedulikan je, sebab ni cuma pendapat saya. Tiada kajian saintifik ataupun psikologi yang telah dijalankan untuk mendapatkan isi-isi ni pun. Sekian sahaja, semoga ketemu lagi, andai punya jodoh *cewah !* ^^

P/S : Ala, tak cakap pun mesti boleh tahu, sebab-sebab ni dirangka daripada pengalaman sendiri kan ? LOL. Tapi, bukanlah sepanjang masa saya berjalan seorang. Saya banyak juga luangkan masa dengan rakan-rakan. Saya tak hambar okay, ada kawan lain dah cop title hambar tu. Hiks >.<

Suka berjalan seorang tapi tidak hambar,

Amie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s