Helo Suami, Hai Isteri.

Hello dan hai semua ! 😀

Hamboi, tengok tajuk tu. Hiks. Okay, sebenarnya nak cerita sikit pasal novel yang saya baru baca bebaru ni. Tajuknya, haaaaa ‘Helo Suami, Hai Isteri’ oleh Q.

Sebelum cerita pasal novel tu, nak cerita sikit pasal tabiat baca novel diri sendiri ni (ish, sibuk nak gebang pasal diri sendiri awatnya ? Erkk, suka hati lah. Huhi :P) Sebenarnya, saya ni dah lama dan jarang sangat dah baca novel Bahasa Melayu. Adoi,, dulu zaman memula baca novel BM, perghhh kemain, tak berenggang ! (masa tu adalah dalam umur 9-10 tahun. Errk !) Asal ada novel baru je, rembat ! Hahah tapi masa dah nak habis sekolah menengah tu, dah jarang baca novel BM. Sebabnya, masa tu plot novel2 ni makin mengarut dan tipikal (dengan tajuk novel yang, hmmm apekebenda entah ngarutnya -_-“). Dah tak menarik perhatian serta nafsu untuk baca 😦 Sekarang ni baru nak berjinak2 semula cari novel BM (ada bantuan dari roommate terchenta yang kaki novel. Hiks >.<) Tapi, saya masih lagi cerewet bab2 memilih novel BM yang nak dibaca. Haha. Semoga saya masih dapat kekalkan minat nak baca novel ni lagi heeeeee. 

Jadi, berbalik kepada novel ini. ‘Helo Suami, Hai Isteri’ sekali dengar rasa macam hmmm mengarutnya tajuk dia. Memula saya rasa camtu gak, tapi bila nampak cover dia, terus tertarik. Sebab apa ? Meh saya tunjuk sebab apa. 

Cover yang menarik perhatian saya. Hmm. Hmm. Hmm.

Cover yang menarik perhatian saya. Hmm. Hmm. Hmm.

Haaa, dah tahu dah sebab apa ? Kalau tak tahu, meh saya bagitahu. Sebab cover dia ala2 manga gitu ~~! Saya yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap manga dan anime (ya, benar !) pun berminat untuk membaca novel ini. Watak utama lelaki dia otaku kut, otaku ! Hmm satu kelainan dari novel2 BM yang lain. Sejujurnya, ni lah sebab2 saya tertarik nak beli novel ni. Masa tu boleh agak dah cerita dia tipikal, pasangan muda yang kahwin sebab terpaksa, bukan atas dasar cinta. Tapi, tak salah pun nak cuba baca ? Sebab ada elemen lain yang menarik. Kan ? Kan ?

Okay, cerita dia pasal seorang perempuan ni (Putri Shazlin namanya), dia ni anti-sosial, manja, kuat shopping dan kaki drama (korean, japan and taiwan).Dalam satu event ni, parents dia jumpa ngan kawan lama diorang (a.k.a parents hero cerita ni, Airil namanya) Airil ni pulak, anti-sosial (jugak !), selalu terperuk dalam bilik, gila manga dan anime, kumpul action figure.  Parents diorang dah tatau nak buat apa dah supaya diorang berubah dan jadi lebih matang. Jadi, diorang pun bersetuju pakat2 untuk kahwinkan Putri Shazlin dan Airil ni. Mulalah perjalanan hidup diorang mengharungi alam perkahwinan sebagai suami dan isteri (cewah !).

Pendapat saya, cerita ni menarik. Sebab penulis pandai selitkan unsur2 jenaka dan references pada anime dan drama. Rasa seronok sebab saya pun tahu benda2 yang diperkatakan tu *lol*. Tapi, saya tak berapa berkenan dengan watak yang sempurna (?) Yelah, dedua kaya sesangat, comel, kacak, pandai, etc. Ni macam, amatlah tak logik. (-_-”) Apapun, novel kan, imaginasi sendiri, jadi, bergantung lah pada penulis nak letak apa pun. Lol ! Keseluruhannya, boleh tahan lah, tak rugi pun kalau baca sebagai bahan untuk ketawa2 di masa lapang. Hehe. 

P/S : Mungkin ada yang tak minat nak baca, atau ada yang suka sesangat ngan cerita macam ni. Bergantung pada setiap individu, semua ada pendapat sendiri. Kalau tak suka, jangan marah saya, tak paksa pun baca, kalau suka, saya gembira kerana dapat membuat anda gembira. (Apa ni ? Random sangat ! ) 

Baru habis baca novel,

Amie xoxo

Advertisements

3 thoughts on “Helo Suami, Hai Isteri.

  1. ヾ(^o^) hai… saya terjumpa post awak ni masa sy search di facebook.. hurm..
    「(゚ペ)pelik search kat facebook tpi terkeluarnya blog.. hehehe

    terima kasih kerana sudi mendapatkan novel Helo suami, Hai Isteri. (^0^)d
    Terima kasih kerana sudi buat review ini, dan saya appreciate usaha awak memberikan komen mengenai HSHI (^___^)

    ps; /(>o<)\ adoyai.. sy kena belajar tulis watak yg kureng sempurna.. hahaha.. sbb sy xpernah jumpa manusia sempurna jadi sebab tu yg sy dok tulis dalam novel sy watak yg sempurna aja… *sigh* *facepalm*

    • Awwww,,, ni author nya ke ?? aaaaaa segan pulak ! >///< Awww ni cuma personal view je hahaha. Anyway, the novel is very interesting and personally, I really had fun reading it ^^ Keep up the good work dear *wink*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s